Pengalaman ini di alami oleh Farm Owner sendiri di kawasan rumah beliau.
“dalam bulan 9, selepas hujan lebat lebih kurang dalam pukul 2 lebih pagi.. tertiba bunyi ayam ditangkap oleh sesuatu..
Aku ingatkan mungkin ada orang yang datang nak mencuri ayam, terus membuka lampu.. kelihatan air di tanah masih ada yang bertakung selepas hujan.. dalam beberapa minit ku cari dan disuluh dengan torchlight, masih kurang pasti apa yang dicari sebab tidak ada kelibat manusia ataupun bekas tapak kaki. Tapi hati aku masih binggung sebab kenapalah ayam bunyi macam tu pagi-pagi ni?
Aku terfikir, takkan orang nak curi ayam yang masih muda sebab aku tahu dari bunyi ayam tu mesti ayam muda. Kalau orang nak mencuri kebiasaannya mereka akan mencuri ayam dewasa @ boleh bersabung. sebab ada harga jika dijual dan berbaloi.. tambah lagi anjing peliharaanku tak pun berbunyi bising seperti ada orang datang.
Dalam beberapa minit tu aku masih tercari-cari apakah sebab ayam tu berbunyi seolah-olah dicekik? Tiba-tiba ada bunyi benda jatuh atas lopak air, sekali ku perhatikan betul-betul rupanya ular sawa batik yang agak besar dan panjang.
Tetapi masa itu aku tidak bersenjata, Lagipun tak sangkalah nak jumpa ular dan memang aku tak ada pengalaman menangkap ular pun. Kira inilah kali pertama aku bertembung dengan Ular.
Tanpa membuang masa aku terus mencapai kayu mana yang ada paling dekat dan ku pukul ekor ular itu bertalu-talu. So terlepaslah belitan ular tersebut pada ayam. Ayam tu pun melarikan diri dan ular itu juga terus menghilang dalam gelap pagi itu.
Keesokkan harinya, aku bertanya kepada kawanku macam mana nak tangkap ular besar seperti itu? Dia menasihatku supaya mencari Serampang dengan parang panjang. Tampa berlengah aku pun singgah di kedai apabila balik kerja untuk mendapatkan peralatan tersebut.
Rupa-rupanya ular tersebut memang tidak takut (sik jerak). Lebih kurang pada jam yang sama seperti semalam, Ular tersebut berani masuk ke kandang yang sama! Sebab aku geram dan takut lebih banyak ayam aku terkorban aku pun nekad.
Ku biar sahaja ayam ku berbunyi bising, supaya uar itu pun tak mendengar aku menghampirinya. ku pergi dekat dan ku biar hampir nak seminit lepas tu ku suluh dengan torchlight. Ku lihat badannya masih tergantung di atap kandang ayam ku. Tanpa membuang masa ku aim, target betul-betul lalu ku cucuk mengunakan serampang dan ular itu pun lekat. Dalam masa 20 minit berlalu tetapi ular tersebut masih bertenaga.
Setelah hampir setengah jam barulah ular tersebut lemah sedikit, aku terus tak membuang masa dan menetak badannya dengan parang yang aku baru beli. Tetapi percaya atau tidak. Tak lut! Langsung tak luka! Tetapi aku tak mengalah terus ku tetak di bahagian dekat leher di kepalanya. Maka di situ barulah ular tersebut jatuh dan terus ku tetak bertalu talu terkena bahagian kepalanya. Hampir hancur juga kepala ular tersebut aku tetak malam itu. Walaupun kepala hampir hancur ular tersebut masih tidak melepaskan belitannya terhadap seekor ayam. Sehingga ayam tersebut menjadi cacat sebab kakinya”
Itulah pengalaman Farm Owner bertarung dengan Ular Sawa!
No comments:
Post a Comment